Tuesday 14 January 2014

Pemburuan cincin - Part 1

Salam...haaaallluuu...

Ok, mana senapang?..set!!! ada.. parang ada? set!!! ada..bagus... jap!!! buat apa senapang, parang bagai ni...kita nak terjah cincinlah bukan nak gi hutan..sediakan duit sudeeehh..pokai duit den..huhu.. jap!! bukan duit ain..duit En. Mokmok..hihihi.

Ceritanya bermula sebulan yang lalu. One day, tetiba mak ain kata:

        "Ain, family Rahman tak nak datang rumah kita dulu ke, kenal-kenal, ramah-mesra and merisik dulu ke, before tunang?"

ALAMAK!!! Kes berat ni!!!  macam mana nak cakap ngan En. Mokmok ni..suntuk sgt ni. next week dah nak gi Singapore...kami ada 1 minggu nak prepare for merisik..huhu. oh OMG!!! OMG!!!.. Relax ain cool...tapi betul jugakkan, mestilah ada sessi suai kenal dulu, orientasi dulu..ok!! Ain pun beritahulah En. Mokmok pasal benda tu and with his cool face:

         "Betul jugak tu...family kita tak penah jumpa pun lagi. Oklah, lagi pun risik je...tak payah sediakan pape pun..bawak cincin should be fine, takpe nanti I bincang ngan family I"

Cool giler mamat ni!!!  hahaha...Tengok ain, En. Mokmok relax je...ok, kitorang pun berjalan-jalan dengan happy and bahagianya di Singapore and JPO 25 until 29 December 2014. Update diterangkan dengan panjang lebar tentang aktiviti jalan-jalan back packers ain and rombongannya di Singapore. Balik je daripada vacation, kami terus terjah Mid Valley, sbb tak tau mana nak pegi kan...kebetulan Habib ada buat sale kan. So nilah masanya!!!

Sampai di Mid Valley, kami melantak jap kat Mahattan. Lepas tu terus ke Habib. Besarkan mata nampak ada yang berkenan...pilih-pilih...try test..tanya pendapat Consultant free and bertauliah, Cik Izzah. Kami pilihlah satu cincin ni...harga pun okay siap ada diskaun, tapi TAKDE SAIZ!!!! WHAT!!!..TIDAK!!!! tangan gemuk mcm ain ni pun xde saiz...huhu.

Orang habib bgtaulah saiz 15 ni tinggal design row ni..huhu. Tapi, dia boleh check kan kalau branch lain ada tak design yang kami nak...Lepas check, he said "Nasib kamu baik, ada design yang kamu mahu, tapi saiz kecik sikit 14.5..Saiz 15 and 14.5 xdelah banyak beza...Ada di Habib The Cuve".

Apa lagi,  kami tanpa berfikir panjang terus pecut ke Habib di The Curve. Mana boleh tangguh-tangguh, sabtu ni kot family En. Mokmok nak datang...Sampai je The Curve kami ke Habib. Orang di Habib memang layan kami baik sangat. Lepas try cincin yang kami nak tu tetibe terfikir, kang pakai 1 2 tahun ketat pulak kalau beli saiz kecil..rugi nanti..xpelah..belilah saiz 15. So, terus terpandang cincin yang ain suka, Alhamdulillah saiz 15. terus kami beli. Yeay!!! Senang hati :D


Ramai kan!!! nampak macam best kan!!! hihihi (source: Habib Jewels FB)

0 comments:

Post a Comment

 

BiLa Inai Di JaRi Copyright © 2012 Design by Ipietoon Blogger Template