Thursday 22 December 2011

Penangan Orang Nak Kawen

Baik punyer tajuk kan?

Baru gempak, biler reader baca title ni...hihihi.  Kenape dengan tajuk tu? Sebenarnya kisah sebenar blog ni datang dari kawan lab ain, kak khai or kami kenal dier as cik bintang. Knape cik bintang? sebab dier obses sesangat ngan bintang (or secara specificnya she really3 love star, moon and sky). Pantang nampak 3 benda ni, sume dier capture. She said 3 things ni buat hati dier sangat3 tenang.

Okay, berbalik pada citer tadi, so kak khai lah yang bersungguh-sungguh influece ain untuk buat blog ni. pujuk punyer pujuk, akhirnya dalam keadaan tidak sedarkan diri..." eh, dah siap dah 1 entry , wow!!! ni pencapain hebat ni!!!kukuikui...".

Nak  dijadikan cerita, almost my labmate sumenye b2b, jadinya dengan lab tu sendiri dah jadi tempat kami share our knowledge anything about wedding. Kami share macam-macam pasal wedding, tak kisahlah pelamin ke, baju ke, hantaran ke, catering, photographer, videographer , all we share together. Sampai ada satu masa tu kami siap buat kelas "gubahan bunga tisu" kat lab kami ni. kalau lecturer kami nampak ni, mesti dier bangga dengan kami sebab kami student yang multitasking...hahaha. kan boss kan :)


Inilah hasil dari kelas gubahan kami.
Kak khai pinjam gambar..hihihi (http://bungadanlangit.blogspot.com)

Mesti ada yang duk tanya ain, knape pilih address bila-inai-dijari?? sebabnya, inilah antara ayat2 yang terkeluar dari minda otak ain yang tengah penuh serabut dengan c++, perl, assembler, validation and etc (sila abaikan 6 perkataan terakhir itu...hihihi). lagi satu, sebab ayat "bila-inai-dijari" melambangkan persediaan kita nak melangkah ke alam perkahwinan secara simboliknya. ini cuma pandangan peribadi sahaja...plus, macam sweet je ayat "bila-inai-dijari"tu. So, tanpa berfikir panjang, i choose that phase as my url address...

So, inilah serba sedikit tercetusnya ideanya pasal blog ni. Kerana nila setitik,rosak susu sebelanga...tapi dalam kes kami, ia tak rosak, sebab perkahwinan dan hal-hal tentang kawen nilah membuatkan kami makin rapat antara satu sama lain. Tak rasa tension langsung buat kerja...ada je benda yang nak dikongsikan. kami siap heret lagi our Chinese friend dengar pasal benda-benda ni semua. Tak pe ma, she already have "lo kong"( husband-to-be)....hihihi.

Chomel kan bear ni :)
(Source: http://stuck-in-a-book.blogspot.com/2011/08/verity-and-ken.html)




0 comments:

Post a Comment

 

BiLa Inai Di JaRi Copyright © 2012 Design by Ipietoon Blogger Template